Hubungi kami

SME Corp tawar penukaran pembiayaan kepada geran untuk PKS

2025-09-08 HaiPress

Kuala Lumpur,8 September - SME Corp Malaysia (SME Corp) memperkenalkan Program Pembiayaan Alternatif BAP 2025 dengan peruntukan RM35 juta.

Menerusi kerjasama dengan microLEAP,platform Pembiayaan Rakan Setara (P2P) patuh Syariah,skim menawarkan pembiayaan sehingga RM400,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada kadar 3.5 peratus setahun.

''Skim pembiayaan baharu ini bukan sahaja menawarkan pinjaman malah ganjaran kepada PKS.

''Sehingga 40 peratus daripada jumlah pembiayaan boleh ditukar kepada geran sekiranya bayaran balik dibuat mengikut jadual,'' jelas SME Corp dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya,Rizal Nainy berkata,penukaran kepada geran itu bukan sahaja mengurangkan beban bayaran balik,malah menjadi pelaburan langsung untuk PKS yang berpotensi tinggi dan sedia untuk berkembang di Malaysia.

''Ini sejajar dengan sasaran kami untuk meningkatkan bilangan perusahaan kecil menjadi sederhana daripada 1.6 peratus ketika ini kepada 5 peratus menjelang 2030,'' tambahnya.

Tambahan peruntukan daripada SME Corp. ini menjadikan jumlah dana di bawah kerjasama microLEAP,sebagai pengantara pembiayaan mencecah RM70 juta,sejak 2021 hingga kini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap