Hubungi kami

JPBN Sarawak umum kucing disenarai dalam vaksinasi rabies

2025-05-30 HaiPress

FOTO HIASAN

KUCHING,30 Mei- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengumumkan bahawa kucing,termasuk kucing peliharaan dan jalanan,akan turut divaksinasi dalam program antirabies negeri.

Timbalan Premier Sarawak,Datuk Douglas Uggah Embas,berkata langkah itu diambil susulan kes rabies pertama tahun ini yang melibatkan seorang pelajar berumur 16 tahun. Pelajar tersebut kini kritikal selepas dicakar kucing jalanan.

“Setakat ini,65% daripada kes rabies melibatkan anjing,sementara kucing hanya 5%. Orang ramai diminta lebih berhati-hati ketika mengendalikan kucing dan pastikan haiwan peliharaan divaksinasi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat di Kuching semalam.

Beliau juga memaklumkan Jabatan Veterinar sedang mempertimbangkan kaedah alternatif seperti vaksin oral dan program pensterilan,bagi mengatasi cabaran mendapatkan kerjasama pemilik anjing dan bantahan beberapa NGO hak haiwan.

Datuk Amar Uggah turut mengingatkan sesiapa yang digigit atau dicakar untuk segera mencuci luka dengan air dan sabun sekurang-kurangnya 20 minit,kemudian dapatkan rawatan di 255 klinik pasca gigitan kerajaan atau 18 fasiliti kesihatan swasta yang sedia merawat kes rabies.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap