Hubungi kami

Polis ambil keterangan dua pemandu bas

2025-04-21 IDOPRESS

Manarina Hasya Muhamad Karim,22,(foto kecil) dari Johor,maut selepas hampir 10 jam dirawat di hospital akibat dihimpit bas semasa berjalan kaki menunggu giliran menaiki bas di dalam kampus

ALOR SETAR,20 April- Polis telah mengambil keterangan dua pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok yang telah mengorbankan seorang mahasiswa universiti itu semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu,Penguasa Polis (SP) Mohd Radzi Abdul Rahim berkata lelaki berusia 37 tahun yang memandu bas di bahagian hadapan telah diambil keterangan semalam manakala seorang lagi pemandu bas berusia 32 tahun yang disyaki menyebabkan kemalangan itu telah ditahan kira-kira 4.30 petang tadi.

"Bagaimanapun,lelaki itu kemudiannya dilepaskan selepas selesai memberi keterangan dan hasil saringan urin juga adalah negatif.

"Pemandu berkenaan memberi kerjasama yang baik dan hanya memaklumkan dia tidak sedar bahawa bas di hadapan telah berhenti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Radzi berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan lebam pada jantung yang berpunca daripada hentakan atau pelanggaran yang melibatkan kenderaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap