Hubungi kami

Jangan guna minyak peket untuk perniagaan - KPDN Kelantan

2025-04-21 IDOPRESS

FOTO ARKIB RTM

KOTA BHARU,20 April- Peniaga di Kelantan diingatkan agar tidak menyalahgunakan minyak masak peket bersubsidi atau menyimpan lebih 10 kilogram (kg) tanpa permit yang sah.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri,Azman Ismail berkata pihaknya masih mengesan segelintir peniaga termasuk pengusaha makanan yang menggunakan minyak masak bersubsidi untuk tujuan perniagaan.

"Minyak masak paket adalah untuk kegunaan isi rumah sahaja. Mana-mana pihak yang menyimpan lebih daripada 10kg tanpa permit atau lesen boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri di Pejabat KPDN Kelantan di sini hari ini.

Tambahnya,penyalahgunaan itu menyumbang kepada kekurangan bekalan minyak masak peket di pasaran,namun pengguna masih boleh mendapatkannya melalui program Jualan Rahmah di seluruh negeri dengan sekurang-kurangnya 1,000 peket disediakan di setiap lokasi jualan yang menyasarkan 180 lokasi dalam tempoh sebulan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap