2025-04-21 HaiPress
Foto FB Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,20 April- Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga petugas berita Radio Televisyen Malaysia (RTM),Marlia Mohamed yang meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam,Selangor,petang tadi.
Menurut Fahmi,allahyarhamah merupakan penerima Tabung Kasih@HAWANA.
Sumbangan berkenaan disampaikan ketika majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana,yang turut dihadiri Fahmi,tahun lalu.
"Hari ini saya menerima perkhabaran duka daripada rakan-rakan di RTM. Semoga mereka tabah dan sabar berdepan kehilangan ini.
"Sama-sama kita doakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beramal soleh. Al-Fatihah," katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Allahyarhamah,44 tahun,sebelum ini hilang upaya kekal berikutan penyakit diabetes yang dihidapinya sejak 2009.
Marlia mula menghidap penyakit diabetes selepas melahirkan anak lelaki tunggalnya dengan kaki kiri terpaksa dipotong hingga bahagian paha berikutan jangkitan kuman pada November 2023.