2025-04-18 IDOPRESS
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama Presiden China,Xi Jinping (kiri) menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China,yang diwakili oleh Menteri Pengangkutan,Anthony Loke (dua,kanan) dan Duta Besar China ke Malaysia,Ouyang Yujing (dua,kiri) di Kompleks Seri Perdana,semalam/BERNAMA
KUALA LUMPUR,17 April- Malaysia dan China bersetuju memperkukuh dan memajukan industri kereta api melalui kerjasama menyeluruh yang merangkumi pembangunan industri rel,perkongsian amalan terbaik dan pelaksanaan projek bersama.
Kementerian Pengangkutan menerusi satu kenyataan memaklumkan kerjasama itu sejajar aspirasi kementerian itu bagi memperkasa jaringan pengangkutan negara.
Selain itu,program latihan dan persidangan serta pertukaran lawatan rasmi pegawai dan pakar turut menjadi intipati persefahaman.
Inisiatif tersebut dapat memberi ruang pemindahan teknologi,pelaburan dan peningkatan kecekapan operasi rel negara ini.
Terdahulu,pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) disempurnakan Pentadbiran Kereta Api Negara China dan Kementerian Pengangkutan Malaysia yang diwakili Menteri Pengangkutan,Anthony Loke dan Duta Besar China ke Malaysia,Ouyang Yujing.