Hubungi kami

SOP baharu kenderaan perdagangan diperkenal mulai Mei

2025-04-14 IDOPRESS

Ketua Pengarah JPJ,Datuk Aedy Fadly Ramli

KUALA TERENGGANU,14 April - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan garis panduan dan proseduroperasi standard (SOP) baharu melibatkan kenderaan perdagangan pada Mei depan.

Antara perkara yang sedang diperincikan termasuk tindakan terhadap pemandu yang memandu melebihi had laju ditetapkan.

Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,ia bagi menangani peningkatan kes kemalangan melibatkan kenderaan berat.

JPJ bersama pihak berkepentingan sedang meneliti dan membuat perincian untuk penambahbaik Keselamatan jalan raya.

Ini termasuk larangan kenderaan perdagangan perlu berada di lorong paling kanan seperti yang telah diumumkan Menteri PengangkutanAnthony Loke,sebelum ini.

"Saya akan umumkan perincian kepada langkah yang kita akan ambil tindakan kepada kenderaan perdagangan yang melakukan kesalahan melebihi had laju. Ini dalam penelitian kita,perbincangan kita bersama pihak berkepentingan termasuk Kementerian Pengangkutan. Kita akan umum dalam bulan Mei nanti," kata Aedy Fadly kepada pemberita.

Terdahulu beliau hadir pada Majlis Apresiasi dan Sambutan Hari Raya JPJ Terengganu,di sini. Dalam Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri,HRA 2025,JPJ merekodkan 8,862 kes kemalangan bermula pada 24 Mac hingga 8 April lalu.

Jumlah itu berkurang berbanding 9,859 kes pada Ops HRA 2024. Begitu juga dengan jumlah kematian iaitu 85 kematian direkodkan tahun Ini berbanding 119 kematian tahun lalu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap