Hubungi kami

Cadangan peluasan UPTM, dibawa ke dalam mesyuarat kabinet - Zahid

2025-04-11 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berswafoto dengan para pelajar ketika menghadiri Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) 2025 hari ini/BERNAMA

KUALA LUMPUR,10 April- Kampus Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) bakal dinaik taraf keluasannya bagi menampung lebih ramai pelajar mengikuti pengajian di universiti tersebut.

Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,ke arah itu,cadangan tersebut akan dikemuka dalam mesyuarat kabinet,minggu depan.

"Permintaan terhadap program-program yang ditawarkan di universiti ini semakin meningkat. Saya selaku Menteri KKDW setuju,bahawa kampus UPTM ini diperbesarkan.

Insya-Allah,saya dengan Datuk Fahmi dalam mesyuarat kabinet minggu depan. Kita minta agar YAB Perdana Menteri beri keutamaan kepada belanjawan tambahan untuk mendirikan kampus yang lebih besar," kata Dr. Ahmad Zahid,hari ini.

Perkara tersebut dinyatakan dalam ucapan beliau semasa Majlis Amazing Syawal UPTM di ibu negara.

Dalam pada itu,Zahid menjelaskan bahawa sebuah makmal kecerdasan buatan (AI) akan dibangunkan segera selaras dengan pembangunan program Sarjana Muda Kecerdasan Buatan (Bachelor in Artificial Intelligence) yang dijangka ditawarkan pada akhir tahun ini di UPTM.

Selain itu,beliau turut mahu melihat UPTM mempunyai kemudahan pembelajaran 'Smart Classroom' dengan kecerdasan interaktif,internet berkelajuan tinggi yang dapat menampung semua keperluan pembelajaran semasa.

UPTM juga disaran meningkatkan pengambilan pelajar Maahad Tahfiz bagi mendalami bidang profesional di institusi itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap