2025-04-09 HaiPress
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,8 April- Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengetuai delegasi Malaysia ke Washington pada hujung bulan ini bagi membincangkan tarif timbal balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas Malaysia.
Menurutnya Malaysia komited memilih perbincangan secara baik dan membina sambil terus melindungi kepentingan negara.
"Pendirian Malaysia,seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,adalahkita perlu bertenang dan pada masa yang sama mengadakan perbincangan dan memahami isu yang kita rasa tidak adil terhadap Malaysia.
"Kitatidak mahu melihat peningkatanperang perdagangan kerana ia tidak akan menguntungkan sesiapa. Itu pandangan kita. Kita akan meneruskan perbincangan kita.
"Kumpulan kita di Washington sudah pun memulakan usaha di sana. Kami mengadakan mesyuarat di Washington dan juga mesyuarat di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan saya insya-Allah dalam masa terdekat ini juga akan pergi ke Amerika Syarikat untuk memulakan rundingan",katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan Ucapan Penutup Memanfaatkan Potensi Perdagangan dan Industri ASEAN Melalui Laluan Lestari-Wawasan dari NIMP 2030.