Hubungi kami

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

2025-01-06 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,4 Januari- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Bank pusat memasuki pasaran setiap hari minggu ini dengan menawarkan tender repo berbalik,repo berbalik semalaman dan repo berbalik Islam bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM32.60 bilion pada Jumaat daripada RM28.00 bilion pada akhir minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam,lebihan mudah tunai naik kepada RM27.60 bilion daripada RM22.20 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 2 Januari.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap