Hubungi kami

Gudang racun tikus musnah dalam kebakaran di Bestari Jaya

2025-01-06 HaiPress

FOTO JBPM

SHAH ALAM,5 Januari- Gudang memproses dan menyimpan racun tikus milik sebuah syarikat pengeluar minyak sawit di Bestari Jaya,Kuala Selangor musnah 80 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata laporan diterima mengenai kejadian itu pada 4.14 pagi.

Beliau berkata operasi bagi mengawal kebakaran gudang dengan anggaran keluasan 17 x 4 meter persegi tersebut melibatkan 40 anggota dan pegawai bersama tujuh jentera bomba.

"Kesemua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya,Kuala Selangor,Batu Arang,Kapar,Klang Utara,Rawang dan Sungai Besar," katanya.

Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Ahmad Mukhlis berkata kebakaran berjaya dikawal pada 5.39 pagi dengan operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 10.30 pagi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap