Hubungi kami

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan pendekatan kurang agresif AS terhadap China

2025-07-17 IDOPRESS

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR,17 Julai - Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan laporan mengenai pendekatan Presiden AS Donald Trump yang kini kurang agresif terhadap China.

Pada 8 pagi,ringgit meningkat kepada 4.2335/2550 berbanding dolar AS daripada 4.2400/2490 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.23 peratus kepada 98.392 mata apabila Trump dilaporkan mengambil pendekatan yang kurang keras terhadap China,walaupun defisit dagangan dengan kuasa besar ekonomi kedua terbesar dunia itu terus meningkat.

"Pada masa sama,terdapat laporan mengenai kemungkinan pemecatan Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell oleh Trump yang turut menyumbang kepada sentimen positif dalam pasaran,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu,beliau berkata ringgit diunjurkan mencatatkan sedikit peningkatan hari ini selepas susut 0.07 peratus kepada 4.2445 semalam.

Ketika dibuka,ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama,kecuali pound British.

Unit tempatan naik berbanding pound British kepada 5.6767/7055 daripada 5.6786/6907 ketika ditutup semalam,namun ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.8603/8750 daripada 2.8508/8569.

Ringgit juga turun berbanding euro kepada 4.9257/9507 daripada 4.9248/9352.

Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2987/3159 daripada 3.2999/3071 ketika ditutup semalam,dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 259.9/261.3 daripada 260.3/260.9.

Ringgit turut lebih stabil berbanding peso Filipina kepada 7.41/7.46 daripada 7.43/7.45 namun,turun berbanding baht Thailand kepada 13.0322/1076 daripada 13.0301/0630.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap