2025-07-15 HaiPress
Datuk Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA 15 Julai - Isu pelantikan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia dijangka dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.
Jurucakap Kerajaan MADANI,Datuk Fahmi Fadzil berkata,pencalonan rasmi individu sebagai perwakilan asing ke negara ini perlu melalui proses persetujuan kerajaan Malaysia selaku negara tuan rumah.
"Dalam bidang diplomasi,ada proses yang dipanggil agrément,iaitu persetujuan rasmi daripada negara penerima. Negara tuan rumah berhak untuk menerima atau menolak pencalonan tersebut.
"Kebiasaannya,dalam mesyuarat Jemaah Menteri,kita akan menerima memorandum daripada Wisma Putra berhubung mana-mana pelantikan duta atau perwakilan asing yang baharu. Setakat ini,perkara itu belum dikemukakan," katanya.
Beliau berkata demikian,dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan sebagai Anggota Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia di Kementerian Komunikasi di sini.
Terdahulu,pencalonan Adams oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump,mencetuskan bantahan pelbagai pihak termasuk ahli politik tempatan,susulan latar belakang dan kenyataannya yang dianggap kontroversial di peringkat antarabangsa.