Hubungi kami

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

2025-07-14 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,14 Julai - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM11.17 bilion dalam pasaran konvensional dan RM33.15 bilion dalam dana Islam.

BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik hari ini terdiri daripada RM2.9 bilion untuk tujuh hari,RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1.0 bilion untuk 92 hari serta tender repo berbalik semalaman bernilai RM7.0 bilion untuk satu hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM23.6 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM32.6 bilion.-BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap