Hubungi kami

Teknologi MIMF 2025 dijangka bantu PKS kurang kos, luas pasaran eksport

2025-07-03 HaiPress

Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM),Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor

KUALA LUMPUR,2 Julai - Mesin,automasi pintar dan teknologi kepintaran buatan (AI) yang bakal diperkenalkan di Ekspo Antarabangsa Mesin dan Peralatan Malaysia (MIMF) 2025 dijangka dapat memberi manfaat kepada usahawan kecil dan sederhana (PKS).

Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM),Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor,berkata,teknologi terkini itu akan membantu PKS mengurangkan kos operasi,meningkatkan kecekapan dan produktiviti,serta membuka lebih banyak peluang eksport ke pasaran antarabangsa.

Pihaknya komited membantu usahawan memanfaatkan inovasi seperti mesin pelabelan,pembungkusan moden dan sistem automasi berasaskan AI yang hanya memerlukan dua hingga tiga orang pekerja sahaja untuk pengedalian keseluruhan operasi.

"Teknologi baharu yang diperkenalkan tahun ini merangkumi aspek pelabelan,pembungkusan dan reka bentuk yang tidak lagi memerlukan tenaga kerja yang ramai,di mana operasi pengeluaran boleh diuruskan hanya oleh dua hingga tiga orang sahaja.

"Kaedah ini dapat mengurangkan keperluan menggaji ramai pekerja. Selain itu,sistem pemakanan yang dipamerkan turut disokong oleh industri halal dengan sasaran untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa." katanya dalam sidang media sempena Ekspo Antarabangsa Mesin dan Peralatan Malaysia (MIMF) Kali Ke-36.

Jelas Datuk Seri Abu Hassan langkah itu dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja yang ramai,meningkatkan pendapatan serta menjadikan produk tempatan lebih kompetitif dan :export ready" di pasaran global.

MIMF 2025 yang memasuki edisi ke-36 akan berlangsung dari 10 hingga 12 Julai ini di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC),di sini.

Pameran itu bakal menghimpunkan lebih 700 reruai dan 450 syarikat tempatan serta antarabangsa,mempamerkan teknologi terkini termasuk automasi,AI,mesin pemprosesan makanan,pembungkusan serta penyelesaian pintar bagi pelbagai sektor industri.

MIMF 2025 turut juga memperkenalkan tiga zon utama iaitu Plastik dan Acuan (Mould & PLAS),Peralatan Pemprosesan Makanan,Pembungkusan & Bakeri,serta Teknologi Pintar & Papan Tanda LED.

Antara inovasi yang bakal diketengahkan ialah mesin suntikan plastik generasi baharu,sistem automasi pintar berasaskan AI,robotik,teknologi dron serta sistem visual pintar untuk meningkatkan mutu dan kelajuan pengeluaran.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap