Hubungi kami

Hyrax Oil dilantik pengedar tunggal Ergon Malaysia, pacu tenaga hijau

2025-07-03 HaiPress

Hyrax Oil Sdn Bhd menandatangani perjanjian dengan Ergon Oil (Singapore) Pte Ltd,anak syarikat minyak Ergon Inc yang berpangkalan di Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR,1 Julai- Pengeluar pelincir dan minyak transformer terkemuka Malaysia,Hyrax Oil Sdn Bhd dilantik sebagai pengedar tunggal minyak transformer berasaskan ester di Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Hyrax Oil Group Datuk Hazimah Zainuddin berkata perkongsian bersama Ergon Oil (Singapore) Pte Ltd itu tertumpu kepada minyak transformer berasaskan ester,dinilai berdasarkan keselamatan kebakaran,biodegradasi dan kebolehpercayaan jangka panjang syarikat itu.

"Di bawah perjanjian ini,Hyrax Oil berbesar hati untuk dilantik sebagai pengedar tunggal untuk produk Ester Sintetik HyVolt dan HyVolt Natural Ester Ergon di Malaysia,syarikat juga merancang untuk berkembang ke pasaran beberapa negara ASEAN dan Afrika.

"Cita-cita kami tinggi,pada masa sama,berfokus,bagi menguasai sebanyak mungkin pasaran minyak transformer berasaskan ester di Malaysia dan mengulangi kejayaan ini di peringkat serantau," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis menandatangani perjanjian tersebut di ibu negara.

Sementara itu Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata,perjanjian itu melambangkan pelaburan jangka panjang untuk kesejahteraan,pemindahan teknologi dan keselamatan tenaga rantau.

“"a turut memperkukuh peranan Malaysia sebagai negara pengeksport produk bernilai tinggi,menetapkan penanda aras baharu untuk inovasi,kualiti dan kelestarian di pasaran antarabangs," katanya.

Majlis menandatangani perjanjian itu turut disaksikan Naib Presiden Jualan Ergon Oil (Singapore) Pte Ltd – Asia,Juan Acosta.

Melalui perjanjian itu,Hyrax Oil akan memasarkan dan mengedar produk dielektrik tahan api serta mesra alam keluaran Ergon – HyVolt NE (Natural Ester) dan HyVolt SE (Synthetic Ester) – yang direka khas untuk aplikasi kritikal.

Produk itu diperakui mengikut piawaian ASTM dan IEC,serta mendapat pengiktirafan FM Approvals dan UL,selain dihasilkan mengikut sistem ISO 9001 dan ISO 14001.

Kerjasama strategik tersebut turut menyasarkan menguasai lebih 60 peratus pasaran minyak transformer berasaskan ester di Malaysia,selain merancang pengembangan ke pasaran terpilih di ASEAN dan Afrika pada masa depan.

Sebagai syarikat Malaysia yang beroperasi sejak 1991,Hyrax Oil kini mengeksport lebih 150 produk ke lebih 40 negara,seiring komitmen untuk terus memperkukuh inovasi,kelestarian dan jenama Malaysia di pentas global.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap