Hubungi kami

Teknologi moden pemacu kemajuan industri sawit Malaysia

2025-06-05 IDOPRESS

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,4 Jun – Perkembangan pesat industri sawit Malaysia berkait rapat dengan penerapan teknologi moden yang menyeluruh,bermula daripada pemilihan benih sehingga kepada penghasilan produk hiliran bernilai tinggi.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata,teknologi memainkan peranan penting dalam melonjakkan produktiviti dan pendapatan negara melalui sektor sawit,termasuk penggunaan benih bermutu serta amalan pertanian terbaik.

“Setakat ini,MPOB telah menghasilkan lebih 700 teknologi dan daripada jumlah itu,lebih 200 telah dikomersialkan dan diguna pakai oleh industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya selepas program Biz Malaysia.

Menurut beliau,inovasi bukan sahaja tertumpu kepada aspek pemprosesan minyak sawit,ia turut melibatkan keseluruhan rantaian nilai seperti penghasilan benih,pengurusan penyakit tanaman,peningkatan kecekapan kilang serta penghasilan produk nilai tambah seperti biodiesel dan kosmetik berasaskan sawit.

Justeru,bagi memastikan industri sawit negara sentiasa mengikuti perkembangan teknologi dunia,MPOB kini sedang membangunkan teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk membantu proses pengaitan buah sawit.

Ia termasuk pengesanan buah masak secara automatik dan teknologi ini dijangka akan dikomersialkan dalam masa terdekat.

Selain itu,sistem pengurusan berasaskan data dikenali sebagai Sawit Intelligent Management System (SIMS) sedang diperluas bagi menjejak pergerakan buah sawit dari peringkat pekebun kecil hingga ke produk akhir,dalam usaha mendigitalkan keseluruhan rantaian bekalan sawit negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap