Hubungi kami

Jualan Agro Madani Aidiladha tawar potongan harga sehingga 30%

2025-06-05 IDOPRESS

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,5 Jun- Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha,Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan meneruskan program Jualan Agro Madani,yang menawarkan potongan harga barangan keperluan asas sehingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran sebagai usaha meringankan beban rakyat.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),Nik Mohd Shaharil Nik Md Hashim,penganjuran jualan kali ini bukan sahaja memfokuskan kepada penyediaan harga mampu milik,tetapi juga memastikan bekalan makanan yang segar,berkualiti dan terus daripada pengeluar kepada pengguna.

"Harga yang kita tawarkan hari ini adalah antara 20 hingga 30 peratus lebih rendah. Ini adalah usaha kita untuk membantu rakyat membuat persiapan Hari Raya dan dalam masa sama mengurangkan kos sara hidup," katanya dalam temu bual khas di Wisma Berita,Angkasapuri hari ini.

Program ini turut melibatkan kerjasama strategik antara Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan,Pertubuhan Peladang Putrajaya,FAMA,LKIM,dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (PNK) bagi memastikan keterlibatan menyeluruh dari pelbagai agensi di bawah kementerian yang sama.

"Kita nak pastikan pengguna dapat akses terus kepada pengeluar. Tiada orang tengah,jadi harga pun lebih berpatutan. Ini bukan sahaja untuk musim perayaan,tetapi telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu dan akan diteruskan dari semasa ke semasa," tambah beliau.

Beliau turut memaklumkan,bekalan lembu dan kambing bagi ibadah korban bersempena Aidiladha tahun ini mencukupi,malah harga masih kekal seperti tahun sebelumnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap