Hubungi kami

Kawasan sempadan Kelantan terjejas, tangani isu limpahan air Sungai Golok

2025-06-05 IDOPRESS

Timbalan Perdana Menteri Thailand,Anutin Charnvirakul (kiri) dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan)

GENEVA,5 Jun - Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand,Anutin Charnvirakul pada Persidangan Global Kelapan bagi Pengurangan Risiko Bencana di Geneva,Switzerland.

Pertemuan tersebut membincangkan isu limpahan air luar biasa dari Sungai Golok yang menjejaskan kawasan sempadan di Kelantan,susulan projek tebatan banjir di Thailand dan pelepasan air empangan yang menyebabkan banjir besar serta kerosakan benteng di jajaran Malaysia.

Beliau mencadangkan agar sebarang pelepasan air dimaklumkan kepada Malaysia sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari lebih awal bagi menghadapi Monsun Timur Laut bermula November ini.

Cadangan itu dipersetujui dan mekanisme pemakluman awal akan diwujudkan demi keselamatan dan kebajikan rakyat di kedua-dua negara.

Dalam pertemuan sama,beliau turut menyambut baik perjanjian Projek Pembinaan Jambatan Kedua Rantau Panjang–Sungai Golok serta kerja mendalamkan muara dan pembinaan benteng sungai yang dijadual bermula Oktober ini.

Kerjasama tersebut mencerminkan komitmen tinggi Malaysia dan Thailand dalam memperkukuh kesiapsiagaan bencana dan keselamatan sempadan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap