Hubungi kami

Sultan Brunei iktiraf kualiti dan kepakaran IJN - PM Anwar

2025-06-05 IDOPRESS

Foto RTM

PETALING JAYA,5 Jun - Kualiti perkhidmatan dan kepakaran petugas Institut Jantung Negara (IJN) menerima pujian dan pengiktirafan daripada Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah.

Menurut Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,perkara itu disampaikan sendiri kepadanya ketika beliau menziarahi Sultan Brunei sebelum baginda berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan.

"Baginda menyatakan walaupun baginda mempunyai pengalaman dengan perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa dan akses kepada institusi perubatan terbaik dunia namun baginda amat berpuas hati dengan mutu khidmat,kecemerlangan serta kecekapan doktor-doktor kita di IJN."

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Forum Ilmuan Malaysia Madani (FIMM) Siri 6 yang berlangsung di Menara Prasarana,di sini,semalam.

FIMM merupakan platform wacana untuk membincangkan isu berkaitan rakyat dan negara secara lebih telus dan terbuka.

Forum tersebut mengangkat perbincangan mengenai 'Pengangkutan Untuk Rakyat:Mengimbangi Antara Kemampuan Rakyat,Kualiti dan Kemampanan Pengangkutan Awam'.

3 panel terlibat dalam diskusi tersebut ialah Menteri Pengangkutan,Anthony Loke; Naib Canselor Universiti Putra Malaysia,Datuk Prof.Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad,Mohd Azharuddin Mat Sah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap