Hubungi kami

Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan

2025-05-30 IDOPRESS

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR,30 Mei - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikan perayaan tersebut.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,Seri Paduka Baginda bertitah sambutan itu mencerminkan kekayaan warisan tradisi serta keharmonian masyarakat majmuk negara di mata dunia.

"Sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan bukan sahaja sebagai tanda kesyukuran di penghujung musim menuai.

"Ia juga sebagai peringatan kepada seluruh rakyat agar terus mensyukuri rezeki dan nikmat yang dikurniakan,seiring dengan kepercayaan dan amalan masing-masing," titah Baginda.

Baginda turut menzahirkan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia yang terserlah menerusi sambutan perayaan itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Permainan Mudah Alih Chengxiang    Hubungi kami SiteMap